Friday, April 22, 2011

aku yang tersedar

Aku telah ditipu dunia dan isinya,
membuat aku lalai tujuan diberikan nyawa,
Aku diselimuti keseronokan yg sementara,
Hingga lupa kesengsaraan di SANA,
Yang pasti akan kekal selama-lamanya….

Masihkah aku punya waktu untuk bertaubat,
Setelah apa yang telah aku buat,
Hati yg diselamuti pelbagai maksiat,
Adakah aku masih Allah lihat
Ataukah mungkin aku kan dilaknat,

Ya Allah,bantu lah aku dalam perubahan,
Hijrahku mencari cinta Mu yang berkekalan,
Supaya ada sedikit ku bawa bekalan,
Untuk mengadapmu tidak malu berhadapan,
Apabila ditanya pelbagai soalan…

Ya Allah,Engkau telah memberi ku kesedaran,
Dengan bencana diri yang perit untuk diterima,
Tapi ku redha dengan segala kertentuan,
Tanpa ujian ini,aku kan terusan dalam dosa,
Bantulah aku supaya menjadi kekasihMu Ya Tuhan

Sunday, April 17, 2011

latest puisi..

Sepasang merpati menari di angkasa,
Mengikut alunan siulan bersama,
Pentas disedia alam luas terbina,
bebas berdansa pelbagai gaya,
tanda bahagia hidup berdua…

begitulah hati pabila sudah berbunga,
dihinggap sang kumbang setia menjaga,
tiada lagi sunyi,tiada lagi sepi,
yang ad kini bahagia menanti,
mengharap ianya kekal sehidup semati…

bagai tamingsari di pinggang laksamana,
pelengkap persilatan hulubalang bersaudara
hilangnya ia,binasa lah Melaka,
pisahnya kita,merana lah jiwa,
tiada nya jiwa,layulah nyawa

ku jadikan cinta umpama pohonan berbuah,
walau dicantas dahannya,akan lebat berbuah semula,
tidak berganjak walau badai melanda,
kan ku terima engkau apa jua adanya,
kerana aku tidak lah begitu sempurna….

Saturday, April 9, 2011

sudah keje...

ALHAMDULILAH...doa yg tiada putus dan kesungguhan serta diiringi solat dhuha,insyaAllah Allah akan makbulkan..syukur,akhirnya yen dapat keje gak..walaupon dikira part-time,tp sgt2 seronok...kerja kat arabi backery..keje senang jer..packing roti2 yg dah siap,masuk dah plastik.keje pon start lps asar..so,yen xrisau sgt pasal solat dah...xkesah arr dapat berapa pon..2,3ratus pon xkesah..janji keje..xd arr malu lg klo org kata buat ap.."duk umah".hahhaha

syukur xterhingga pada Mu ya Allah..hari semakin hari aku smakin mengabdikan diri pada MU..dimana ad kesusahan,disitu ad kesenangan...

terima kasih gak kat bos sbb sudi terima yen keje..walaupon tandas kecik,tp yen dah sesuaikan diri...sekarang,yen akan keje seelok yg mgkn..nak rasa pgg duit sndiri setelah hampir 8bln menganggur...

Tuesday, April 5, 2011

mimpi sedih..

ermmm..
smlm mimpi terlalu sedih..sampai bgn2 ad kuar air mata..mimpi ex kat kustem dl..
maafkan sy,awak...sy mmg jantan xguna.dan saya dah pon terima balasan atas xtepati janji yg kita buat..sedih nyer mimpi tue mengimbau kenangan bahagia masa kat kusten...salah sy..slh sy..slh sy...sampai skrg sy menyalahkan diri sy sendiri..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....mcm nak nangis jer lg nie...