Saturday, July 24, 2010

dugaan tidak henti

Kala malam semakin membutai,
Tikar sejadah sayup-sayup memanggil,
Setiap butir tasbih dialunkan zikir,
Memuji pada yang Maha Mengetahui,
Tika hati terasa ingin diubati…

Setiap jari disusun rapi,
Menadah mengharapkan pada ilahi,
Memohon dipermudahkan urusan diri,
Yang semakin kusut hari demi hari,
Dek kerana masalah duniawi…

Hujan lebat dunia akan berhenti,
Gerimis di hati masih tiada siapa yang peduli,
Airmata mudah saja dibaziri,
Ketika keindahan itu ingin kembali,
Akhirnya ketabahanku ini diuji..

Kurniakanlah embun syurgawi,
Titikkan pada hati,
Agar mampu menenangkan jiwa ini,
Yang sedang dilanda gelora api,
Api gelisah yang membebani..

Hilangkanlah rasa kegundahan,
Berikanlah sedikit ketenangan,
Agar senang aku menempuh ujian,
Membawa aku kepada tuhan,
Dalam keadaan aman…

Friday, July 16, 2010

fb xleh bukak

eh....
1st time fb xleh bukak..
knp yer???
nie yg merisaukan nie..
klo kn padam,abis arr smua gambo2,list2 member..
nape yer?????
adoiii,nie yg merisaukan nie...

hanya aku

Andai aku bersuara,
Mahukah engkau mendengarkan setiap kata
Andai aku luahkannya,
Mahukah engkau percaya,
Lantas,biarlah aku simpan semua didalam dada…

Sekiranya aku melangkah lari,
Mahukah engkau menyusuri?
Sekiranya aku bersembunyi,
Mahukah engkau mencari?
Lantas,biarlah aku disini bersendiri…

Aku tidak mahu apa-apa di dunia,
Cuma ingin merasai kemanisan denganmu bersama,
Walaupon ianya sesaat lamanya,
tetapi sudah amat cukup bermakna,
Bagi diriku yang dahagakan bahagia….

Umpama berada di padang pasir yang gersang,
Ku lalui hari-hariku cuma seorang,
berlari jauh mencari setitik air menghilangkan keletihan
Agar dapat menjanakan sedikit kekuatan
Untuk ku terus melangkah mencapai apa yang ku mahukan…

Aku tidak pasti satu hari nanti,
Akan tiba sang pelangi,
Yang akan menghiburkan hati,
Memberi sinar pada diri,
Dan sanggup menemani setiap hari…

kemanisan dalam perhubungan

semenjak kita berkenalan,
hidupku tidak pernah terasa kesunyian,
gelak tawa mengisi kekosongan,
senyuman terukir sepanjang kehidupan,
derita yang dialami diganti dengan kebahagiaan

sepanjang aku menatap wajahmu,
sesaatpon tidak pernah terasa jemu,
malah bertambah rasa rindu,
saban hari aku menunggu,
menanti detiknya kita kan ketemu..

hidup tanpa dirimu,
membawa aku ke dimensi dahulu,
aku ingin engkau tahu,
walau kita dipisahkan berbatu-batu,
namun engkau dekat dihatiku...

ku melawan takdir menyeberangi luasnya lautan,
ku pacakkan kaki mendaku tingginya gunung ganang
ku luncurkan setiap langkah mengharungi tebalnya hutan,
tiada satupon yang mampu menjadi penghalang,
tiada apapon yang bisa memisahkan...

ku mencari kemanisan dalam perhubungan,
walau dugaan datang terasa amat memenatkan,
ku berdoa,ku dekatkan hati pada tuhan,
kerna Dia telah menjanjikan,
di hadapan menanti syurga kebahagiaan idaman....

buat kamo...

Jiwa ku sudah berbunyi kembali,
Iramanya mendayu-dayu tiada henti,
Melodinya memecah segenap penjuru hidup ini,
Lirikannya membuatkan aku tidak berasa sunyi,
Suaranya merdu melupakan aku pada sepi…

Selama ini mendung itu tidak mahu pergi,
Membuat diriku seolah-olah tidak bererti,
Hadirmu kini memberi sebuah pelangi,
Yang indah sebagai penyeri,
Menghadirkan keceriaan didalam hati..

Aku berterima kasih padaMU tuhan,
Kerna memberi aku sedikit kesempatan,
Berjumpa dengan seorang teman,
Yang sanggup menemaniku dikala kebuntuan,
Memberi aku semangat diwaktu aku keresahan…

Seandainya engkau mahu tahu,
Aku takut akan kehilanganmu,
Andainya ianya tetap akan berlaku,
seolah-olah patah sebelah sayapku,
Yang selalu membawaku kepadamu..

Melihat engkau tersenyum,ketawa bersama temanmu,
Membuat aku bahagia selalu,
Walaupon kita semakin kurang berhubungan,
Tetapi ingatan ku padamu tetap tidak ku lupakan
Malah,masih kekal dan tidak berkurangan

ada apa dgn cinta

Cinta,
ada apa dengan cinta,
kadangkala ia memberi bahagia,
seringkali mendatang duka yang lara,
apabila cintamu diterima,
janganlah engkau terlalu suka,
kerana tiada yang kekal di dunia

cinta,
terlalu mudah untuk diucapkan,
bagi mereka yang tiada perasaan,
tetapi ianya penuh dgn tanggungjawab dan cubaan,
menjaga dan menghormati setiap pandangan,
sukar untuk dikekalkan melainkan adanya kesabaran

Cinta..
Sekali ia datang,amat membahagiakan,
Terasa diri diawang-awangan,
Saban hari mendapat pujian,
Kerapkali ingin berdampingan,
Sesaat terlalu lama untuk dinantikan

Cinta,
Apabila engkau sudah menemuinya,
Usahlah terlalu percaya pada si dia,
Sehingga engkau menyerahkan segala,
Carilah yang berakhlak mulia,
Kerna pasti kau akan dibimbing olehnya

Cinta,
Tidak salah ingin mencarinya,
Kerna cintalah berkembangnya agama,
Kerna cinta juga bertambahnya umat manusia,
Tetapi janganlah terlalu ingin memilikinya,
Sampai kita lupa cinta yang UTAMA…

Wednesday, July 14, 2010

cinta itu...

Cinta begitu sukar untuk ditafsirkan,
Kadangkala ianya memberi sejuta kegembiraan,
Ada juga cinta yang membawa kebinasaan,
Seharusnya berhati-hati lah dalam pemilihan,
Kerna cinta membawa ke masa hadapan

Cinta terlalu banyak ujian,
Umpama melayari lautan dgn bahtera memerlukan nakhoda,
Andai pincang nakhoda,maka sesatlah dari laluan,
Maka carilah yang penuh ilmu di dada,
Supaya kita selamat sampai ke tempat persinggahan…

Semailah sifat kejujuran,
Kerna ianya kunci kepada kebahagiaan,
Bisa meruntuhkan sifat prasangkaan,
Yang mampu mengundang bencana perpisahan,
Membuat diri terasa satu penyesalan..

Andai cinta itu sudah ketemu,
cintailah sehingga akhir waktu
cubalah jujur pada yang satu
Jagalah batas-batas sehingga cinta itu bersatu,
Janganlah terikut godaan syaitan dan nafsu...

kehidupan ini..

Kegagalan bukanlah episod pada pengakhiran,
Tetapi ianya adalah kemanisan sebuah pengalaman,
Untuk dijadikan panduan melakukan suatu pembaharuan,
Permulaan pada satu laluan titian,
Dalam mengharungi kisah baru dalam kehidupan…

Awan mendung kadangkala menyelubingi indahnya mentari,
Selepas hujan,tidak selalunya akan terbit sang pelangi,
Bulan purnama ada masanya terasa suram di malam hari,
Begitulah juga melalui perjalanan hidup ini,
Ada suka dan duka yang silih berganti..

Usahlah terlalu leka berada di awangan,
Sehingga leka dgn belaiannya,
Haruslah kembali berpijak di tanah daratan,
Kerana disitulah segala realitinya,
Yang membawa kepada kenyataan…

janganlah terlalu mahukan apa yang diingini,
Takut merana satu hari nanti,
Hingga segalanya menyalahkan takdir ilahi,
Ingatlah akan nikmat yang pernah diperolehi,
Maka akan tenteramlah segala isi hati….

Wednesday, July 7, 2010

hidupku...

nape ye aku terasa idup aku makin bosan..
rutin harian yang sama
isnin,rabu,jumaat masuk ubat..
nak g jalan2 kn pikir banyak perkara..
last2 xjadi..
klo nak kuar jauh,kn ad ablong,mak...
kdg2 pikir nak je mati cepat,
tp dosa banyak lagi..
erm.....
Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan,ketabahan..

jangan dipersiakan umurmu

Andainya muncul sang pelangi,
Cubalah engkau hayati,
Ambillah kesempatan untuk memiliki..
Barangkali ianya muncul yang terakhir kali,
Tanpa engkau menyedari,

Usahlah kesakitan ini menjadi batasan,
Untuk memperolehi secebis kegembiraan,
Lakukan lah apa yang engkau hajatkan,
Jangan sampai nanti terbit penyesalan,
Membuat hati engkau tidak keruan…

Hidup ini hanya sekali,
Janganlah dipersiakan setiap detik setiap hari,
Terlalu banyak keserononak yang menanti,
Untuk disimpan menjadi kenangan abadi,
Untuk diceritakan pada kemudian hari…

Suka duka tangis tawa itulah kehidupan,
Yang mewarnai setaip langkah perjalanan,
Memberi kekuatan untuk melangkah ke hadapan,
Usahlah ditangisi segala kesilapan,kesalahan
Jadikanlah ia pengalaman dan kenangan…

cinta itu kembali

Kedatanganmu mengubah pendirian hati,
Walaupon cinta lama telah berkurun mati,
Tetapi aku tetap terasa ingin menyendiri,
Melupakan segala-galanya yang dahulunya aku miliki,
Membuang jauh segala pengalaman yang bermain dikala mimpi,
Tidak lagi mahu aku peduli,
Setelah cinta dahulu memberi aku kesakitan yang tidak dapat diubati..
Yang membuat diriku dalam sunyi dan sepi

Hadirmu bagai memberi sinaran harapan,
Yang ku cari dalam kehidupan,
Tidak sia-sia ku berdoa kepada Mu tuhan,
Andai si dia jodoh yang selama ini ku nantikan
Aku harapkan keberkatan dan keredhaan,
Agar sahaja aku mampu mengharungi segala halangan,
Mampu menangkis segala tohmahan,
mengukir sedikit rasa kebahagiaan,
Melupakan seketika sesuatu yang kehilangan,
Menggantikan lara pada kegembiraan…

Telah lama aku hidup bersendiri,
Kemunculanmu mengetuk pintu hati,
Yang telah lama aku kunci,
Mendung yang selalu menyelubungiku kini telah pergi,
Muncul pula sang pelangi,
Yang indah untuk diamati,
Yang cantik untuk diabadi,
Cintamu terlalu suci,
Tidak akan aku mengkhianati,
Akan ku simpan sampai mati…
Terima kasih kerana menerima kekurangan diri…

.

Tuesday, July 6, 2010

ingin berisi kembali...

waaaaaaaaaaaa...

kurus nyer aku...

sungguh ketara apabila rambut menjadi pendek,

muka terserlah kecik,

mata nampak sgt hitam..sbb ap ek?barangkali,sejak demam,aku xpuas tido.ad sehari tue,langsung xtido..

masa demam hari tue pon aku xmakan banyak,makanya,,banyak lemak terbakar,tapi xd yg mengganti.hahhaha...

start hari nie,makan 3 kali sehari,minum air banyak2...

moga aku akan berisi dan secara xlangsung msembuh..aminnnn

Anuar oh Anuar

erm...
pelik dgn manusia sorg nie..nyampah pon ad..
knp ko gile sangat kuasa???
ko nak jd PM tapi kau kutuk kaw2 negara sendiri..
nape?
agak2 lps ko jd PM ko leh betulkan smua ker?
ish,aku mmg xsuka UMNO,tapi aku lagi xsuka kau..
bape ramai Org yang dekat dengan kau hentam kau balik?
pas2 senang2 bagi jawatan kat zaid ibrahim..ish,pelik arr..

Sunday, July 4, 2010

for the Rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
you found me home and sail with me,
and i'm here with you
now let me let you know...

you've opened my heart
i was alwys thinking that love was wrong
but everthing was changed
when you came along
oooo
and there's a couple words i want to say...

for the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side
honest and true
till the end of my time
i'll be loving you,loving you....

for the rest of my life
thru days and night
i'll thank Allah for open my eyes,
now and forever....
i'll be there for you..

and i pry we're together eternally,
now i find myself i feel so strong
everything changed when you come along
ooooo
and there's a couple word i want to say

for the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side
honest and true
till the end of my time
i'll be loving you,loving you....

for the rest of my life
thru days and night
i'll thank Allah for open my eyes,
now and forever....
i'll be there for you..

i know that deep in my heart
now that you're here
infront of me i strongly feel love
and i have no doubt
and i'm singing loud that i'll love you eternally

Saturday, July 3, 2010

makan pizza

hari sabtu semalam...

tersangat best..terima kasih izah sbb datang lawat yen,btl2 terkejut.pas2 sudi lak bwk kuar.then sudi lak blanjer pizza..tersangat terima kasih pada kamu,izah.hampir 1 thn member2 yen xd yang melawat yen.ingtkan izah memain..xsangka kan dapat kuar sama2.sll duk chat dlm fb jer..hahahah..terima kasih..klo mak izinkan,yen g sana,klo mak izinkan..klo x,harap maklumlah,,..hehehe..izah jgn bimbang,sepanjang yen mengenali izah,yen dah tetapkan yg izah adalah sahabat yen.xlebih dari tue..yen gembira andai izah gembira..klo berita yang yen dgr dr mulut izah itu menggembirakan izah,yen akan mendoakan kegembiraan itu berpanjangan..dan,kamu kn tabah juga,kerana kamu sedang mengambil satu risiko..doa yen sentiasa mengiringi nafas kamu...kamu tetap di hatiku,sahabatku...

Friday, July 2, 2010

air mata ku jatuh..

setabah mana pon aku,pasti akan tersungkur..saat aku menaip,aku sedang menangis.
2 sebab kenapa aku nangis..
td aku tgk cite kat tv2...berkesahkan seorang yang normal,kemudian eksidan menjadi lumpuh..mempunyai isteri dan anak sorg..baru 3 bulan suami lumpuh,si isteri mintak cerai..subhanaAllah...walaupon sekadar cerita,xmustahil kan ad yang realiti..terlalu sebak.xsggp aku tgk sampai abis.aku gerak g opis..

sebab kedua...
erm...sbb kaki kiri aku bengkak 3 x ganda dari asal..sakit sgt..bile berdenyut,kepala aku pon jd pening..xmampu aku tahan..menggigil tubuh..saat ini lah aku nangis..

Wednesday, June 16, 2010

kini aku perindu..

siangku terasa sunyi,
malamku diselimuti sepi,
ahhh!!!!!!!aku benci,
kembali mwnghadapi kehidupan ini,
hanya seorang diri...

hatiku sedang bergelora,
mataku berlinang air mata,
jiwa mula meronta-ronta,
kenapa engkau diam tanpa berita,
adakah aku tersilap dalam berkata...

apakah salahku,
dimanakah silapku,
percayalah temanku,
aku benar-benar tidak mampu,
kini, aku menjadi perindu...

tiada lagi nukilan,
tiada ungkapan untuk diperkatakan
tiada nyanyian untuk disuilkan,
yang ada hanyalah kekosongan,
engkau menjauh tanpa alasan...

Ya tuhan,
berikanlah aku kekuatan,
untuk melindungi segala kesedihan,
menyembunyikan sebaknya perasaan,
untuk menipu setiap yang memandang,

Tuesday, June 15, 2010

ivory coast 0 - 0 Portugal

waahhhhh...game pertama yang aku btl2 concentrate tgk..aku btl2 suka ivory coast rupanya..best dorg main malam td.xdinafikan,portugal team yang hebat,tapi xdapat gak "makan" ivory coast..malangnya Drogba masuk sbg sub.awalpermainan terlalu membosankan..cuma percubaan ronaldo terkena palang gol..syukur.dah seriau ku..hahahhaa..
2nd half agak penuh mencabar jugak..tp ivory coast banyak mengasak..geovinho banyak membuka ruang,bawak bola masuk ke kawasan penalti portugal..tp nasib xmenyebelahi,percubaan die byk ditepis penjaga gol..minit ke 60lbh,drogba dimasukkan.penonton bersorak suka..wah!!!!!mmg brogba terkenal rupanya.hahhah..minit2 terakhir,brogba mencemaskan portugal..bola hantaran die lalu dpn gol,tapi malang,xd org sambut..klo ad player dpn tue,gerenti blh goll..apa2..SYABASSS IVORY COAST

Saturday, June 12, 2010

tentang diriku

kosong...
hidup aku umpama tin kosong
ditendang oleh mereka yang tidak peduli,
dibuang jauh tanpa rasa simpati,
tidak berguna setelah tiada isi,
hinggakan aku tidak lagi dihargai

sunyi,
terlalu sunyi hidupku begini,
dahulu mulutku sentiasa berbunyi,
kini ia menjadi senyap dan sepi,
dl telipon bimbit ku sntiasa berdering i love u,u love me,
kini tidak ku dengar ungkapan itu lagi
hari ini pemikiranku mulai berimaginasi,
mengharapkan segala pengalamanku ku buang ke tepi

indah...
terlalu indah ciptaan Ilahi,
mencipta sesuatu dgn sendiri,
janganlah disoal setiap ap yang terjadi,
takut diri akan dilaknati,
terimalah dugaan dengan sepenuh hati
tabah dan bersyukur itulah penguat diri
walau seteruk mana pun mendung hari ini,
pelangi masih menantiku esok hari

kemampuan,
tetapi mampukah diri ini menerimanya,
aku hanya insan kerdil yang terlalu lemah dan hina,
memerlukan sokongan untuk mendapatkan kekuatan daripada-Nya,
hanya mengharapkan ihsan dr semua,
moga diberi kekuatan dalam menghadapinya,
supaya diri ini kembali berguna..

inilah aku
dl aku berjalan menggunakan kaki
kini kerusi roda pula menjadi pengganti,
bila berkaraoke,suaraku umpama faizal tahir sedang bernyanyi.
inilah aku areyen nahar empunya diri
apa yang berlaku pada esok hari,
ku berserah padaMu Yang Maha Mengetahui

Rasululah

wahai kekasih Ilahi
lahirmu membawa seribu erti,
seluruh alam penuh diberkati,
diwaktu kecil lg engkau diajar berdikari,
tanpa ibu dan ayah disisi,
engkaulah Muhammad nama terpuji...
dirimu diangkat menjadi rasul dan nabi,
untuk membetulkan akidah dan rohani,
walau dihina dan dicaci,
tapi kesabaranmu penguat diri,
kerana dikau percaya pada janji Ilahi...
ajaranmu kini kami ikuti,
akhlak terpujimu kami sanjungi,
kata-katamu kami percayai,
tingkahlaku dan keperibadianmu kami segani..
dirimu masih bimbangkan kami walau ajal menanti,
kepergianmu seisi alam meratapi,
Alquran dan Assunnahmu akan kami tetap pelajari

masjid al-Aqsa....

ianya kini diancam.
diancam oleh rejim yang kejam,
moga Allah memasukkan mereka ke dalam jahannam,
biarlah mereka menjadi bahan bakar api neraka paling dalam...

bangunanmu dahulunya terlalu kukuh,
perpaduan pengunjung didalamnya pula utuh
kini masjid ketiga umat islam bakal runtuh,
hanya kerana si kaum yang angkuh,

tempatmu terlalu suci,
tempat persinggahan isra’ dan mikraj nabi,
batu terapung didalammu menjadi bukti
tetapi hak-hakmu ditolak ketepi…

ayuh ummat islam sedunia,
bangkitkanlah semula perjuangan intifadah dikalangan kita,
yang telah membuat kegerunan dan ketakutan pada Israel si durjana,
inilah peluang untuk kita mendapat mati syahid….


khutbah jumaat semalam membuat aku shahdu,khatib yg membacanya pon menangis walaupon kurang jelas aku mendengarnya...aduh..apalah nasib masjid umat islam nie.terlalu banyak cobaan unt meruntuhkannya..tetapi tidak berjaya..akhirnya,israel menggunakan alasan mengorek tanah betul2 bawah masjid al-aqsa..lama kelamaan.....masjid tue akan runtuh dengan sendiri..maka,israel xdipersalahkan nnt..masyaAllah..Ya Allah..bantulah pejuang2 agamamu disana..

Friday, June 11, 2010

kenangan bersamamu....


Walau berjuta yang datang dalam hidup ku
Masih sukar untuk aku melupakan kamu,
Kerana kamu sudah sebati dalam hatiku,
Walau aku sudah tidak diperlu,
Aku tetap akan mengingatimu….

Hadirmu dahulu telah mengubah segala-galanya
Kamu membawa aku kepada cahaya
Dari kegelapan yang selalu aku menghadapinya,
Dari penjara kesunyian kepada kegembiraan,
Dari kebisuan kata-kata kepada siulan senyuman

Ikatan ini tidak akan ku putuskan,
Ianya tidak mudah untuk aku leraikan,
Telah tersimpul mati dalam ingatan,
Sampai mati akan ku pertahankan..
Walau hati terasa akan kesakitan

Aku selalu berdoa supaya kamu takkan pergi,
Kerana kamu terlalu penting bagi diri ku ini,
Andai ianya tetap terjadi,
Separuh nafasku akan ikut menangisi,
Airmata ku barangkali sukar untuk berhenti….

Kita berkenalan walau tidak pernah menatap muka,
Tetapi kamu terima aku seolah-olah telah lama bersama,
Itulah yang membuat aku gembira,
Kamu melupakan pada kekurangan diriku yang ada,
Terima kasih itulah ucapanku untukmu teman….

sunyi..sepi...

Turunnya hujan kala ini
Seolah-olah memahami
Kesunyian yang ku alami,
Kesepian yang aku hadapi….

Tetapi ku kuatkan hati,
Ku hayati setiap perjalanan hidupku ini
Dahulunya terlalu ramai disisi,
Kini ku keseorangan dan bersendiri,

Tiada lagi gelak ketawa,
Mana perginya si pemuja,
Semuanya lari tanpa berita,
Yang ada cumalah derita..

Hidup ini bagaikan roda,
Setiap putarannya memberi erti dalam hidup kita,
Apabila kita diatas,musuh pon mahu berbaik semula
Jika diri berada di bawah,kehinaan lah yang kita terima…

Telah banyak kenangan aku lalui,
Kesunyian ini mampu ku tangani,
Kesepian ini hanyalah cubaan dari Ilahi,
Kehidupan ini tidak kekal abadi….

world cup


sekarang nie musim piala dunia..maka....soalan famos yg sll ditanya.."ko sokong mana"..aku jawab ivory coast...smua pelik.nape nak pelik?dorg pon hebat..dah biasa dgr pasukan besar jer jd pilihan..aku pilih ivory coast bukan saja2..aku kenal player dorg,walaupon xsmua...harap,mereka dapat bermain dgn baik sampai ke perlawanan akhir..

Thursday, June 10, 2010

hari nie saya sungguh "down"


mungkin barangkali aku terlalu sunyi.membuat hari sy terasa down..pagi td aku melawan cakap mak..tetapi aku xrasa ap2.kmudia kat opis,aku sunyi walaupon aku blh layan ternet..5.30 aku sharp balik.mak suh g bank.aku mulanya xlapo..tetibe sampai station minyak aku menggigil kelaparan..hampir jer aku nak berlanggar dgn kete.nasib die hon..berderau darah aku...balik umah,aku mntk mak nasi.hr nie mak masak asam pedas..mak tanya.."mcmner.masin ker".dgn selamba aku jawab,ntah,mcm biasa."yg penting yen dah MUAK lauk nie".selama nie mak xpernah tanya..aku dgr mak gelak sinis.mgkin die terasa dgn kata2 aku.tp aku xtaw..abis makan,aku msk bilik air.tetibe aku teringt kata aku td..xpasal2 air mata jatuh.aku cepat2 mandi..aku g dekat dgn mak.aku amik tgn mak,aku mntk maaf,aku tny"mak,mak terasa ker dgn kata2 yen td?" mak kata xd lah.baru aku taw nape mak tanya,mak pose hr nie.lembut rsnyer tangan mak.aku jarang pegang tgn mak..aku nangis.rakaat pertama masih lg jatuh air mata nie..MAK,MAAFKAN YEN,YEN XSENGAJA..YEN SAYANG MAK...

Tuesday, June 8, 2010

my 1st time...

assalamualaikom pada smua..

hari ini tertunai sudah hajat aku untuk menghasilkan blog untuk aku meluahkan,menghasilkan puisi yg selama ini aku post kan kat fb jer..

aku harap,kehadiran blog aku ini tidak mendapat kriitikan dari pembaca2 smua