Friday, April 22, 2011

aku yang tersedar

Aku telah ditipu dunia dan isinya,
membuat aku lalai tujuan diberikan nyawa,
Aku diselimuti keseronokan yg sementara,
Hingga lupa kesengsaraan di SANA,
Yang pasti akan kekal selama-lamanya….

Masihkah aku punya waktu untuk bertaubat,
Setelah apa yang telah aku buat,
Hati yg diselamuti pelbagai maksiat,
Adakah aku masih Allah lihat
Ataukah mungkin aku kan dilaknat,

Ya Allah,bantu lah aku dalam perubahan,
Hijrahku mencari cinta Mu yang berkekalan,
Supaya ada sedikit ku bawa bekalan,
Untuk mengadapmu tidak malu berhadapan,
Apabila ditanya pelbagai soalan…

Ya Allah,Engkau telah memberi ku kesedaran,
Dengan bencana diri yang perit untuk diterima,
Tapi ku redha dengan segala kertentuan,
Tanpa ujian ini,aku kan terusan dalam dosa,
Bantulah aku supaya menjadi kekasihMu Ya Tuhan

No comments: