Sunday, April 17, 2011

latest puisi..

Sepasang merpati menari di angkasa,
Mengikut alunan siulan bersama,
Pentas disedia alam luas terbina,
bebas berdansa pelbagai gaya,
tanda bahagia hidup berdua…

begitulah hati pabila sudah berbunga,
dihinggap sang kumbang setia menjaga,
tiada lagi sunyi,tiada lagi sepi,
yang ad kini bahagia menanti,
mengharap ianya kekal sehidup semati…

bagai tamingsari di pinggang laksamana,
pelengkap persilatan hulubalang bersaudara
hilangnya ia,binasa lah Melaka,
pisahnya kita,merana lah jiwa,
tiada nya jiwa,layulah nyawa

ku jadikan cinta umpama pohonan berbuah,
walau dicantas dahannya,akan lebat berbuah semula,
tidak berganjak walau badai melanda,
kan ku terima engkau apa jua adanya,
kerana aku tidak lah begitu sempurna….

No comments: