Saturday, July 24, 2010

dugaan tidak henti

Kala malam semakin membutai,
Tikar sejadah sayup-sayup memanggil,
Setiap butir tasbih dialunkan zikir,
Memuji pada yang Maha Mengetahui,
Tika hati terasa ingin diubati…

Setiap jari disusun rapi,
Menadah mengharapkan pada ilahi,
Memohon dipermudahkan urusan diri,
Yang semakin kusut hari demi hari,
Dek kerana masalah duniawi…

Hujan lebat dunia akan berhenti,
Gerimis di hati masih tiada siapa yang peduli,
Airmata mudah saja dibaziri,
Ketika keindahan itu ingin kembali,
Akhirnya ketabahanku ini diuji..

Kurniakanlah embun syurgawi,
Titikkan pada hati,
Agar mampu menenangkan jiwa ini,
Yang sedang dilanda gelora api,
Api gelisah yang membebani..

Hilangkanlah rasa kegundahan,
Berikanlah sedikit ketenangan,
Agar senang aku menempuh ujian,
Membawa aku kepada tuhan,
Dalam keadaan aman…

No comments: