Friday, July 16, 2010

hanya aku

Andai aku bersuara,
Mahukah engkau mendengarkan setiap kata
Andai aku luahkannya,
Mahukah engkau percaya,
Lantas,biarlah aku simpan semua didalam dada…

Sekiranya aku melangkah lari,
Mahukah engkau menyusuri?
Sekiranya aku bersembunyi,
Mahukah engkau mencari?
Lantas,biarlah aku disini bersendiri…

Aku tidak mahu apa-apa di dunia,
Cuma ingin merasai kemanisan denganmu bersama,
Walaupon ianya sesaat lamanya,
tetapi sudah amat cukup bermakna,
Bagi diriku yang dahagakan bahagia….

Umpama berada di padang pasir yang gersang,
Ku lalui hari-hariku cuma seorang,
berlari jauh mencari setitik air menghilangkan keletihan
Agar dapat menjanakan sedikit kekuatan
Untuk ku terus melangkah mencapai apa yang ku mahukan…

Aku tidak pasti satu hari nanti,
Akan tiba sang pelangi,
Yang akan menghiburkan hati,
Memberi sinar pada diri,
Dan sanggup menemani setiap hari…

No comments: