Wednesday, July 14, 2010

kehidupan ini..

Kegagalan bukanlah episod pada pengakhiran,
Tetapi ianya adalah kemanisan sebuah pengalaman,
Untuk dijadikan panduan melakukan suatu pembaharuan,
Permulaan pada satu laluan titian,
Dalam mengharungi kisah baru dalam kehidupan…

Awan mendung kadangkala menyelubingi indahnya mentari,
Selepas hujan,tidak selalunya akan terbit sang pelangi,
Bulan purnama ada masanya terasa suram di malam hari,
Begitulah juga melalui perjalanan hidup ini,
Ada suka dan duka yang silih berganti..

Usahlah terlalu leka berada di awangan,
Sehingga leka dgn belaiannya,
Haruslah kembali berpijak di tanah daratan,
Kerana disitulah segala realitinya,
Yang membawa kepada kenyataan…

janganlah terlalu mahukan apa yang diingini,
Takut merana satu hari nanti,
Hingga segalanya menyalahkan takdir ilahi,
Ingatlah akan nikmat yang pernah diperolehi,
Maka akan tenteramlah segala isi hati….

No comments: